Header Ads

Tahukah anda bahawa Malaysia export Teknologi Ketenteraan?

 Masih ramai rakyat Malaysia yang sehingga kini tidak mengetahui bahawa negara kita Malaysia adalah salah sebuah negara pengeksport teknologi ketenteraan di peringkat antarabangsa. Dalam siri 1 ini admin akan menyenarai tiga produk pertahanan tersebut iaitu:-

1- Tiga buah kapal Landing Ship Tank/Kapal Pendarat Kereta Kebal (LST) Kelas Al-Quwaisat untuk Tentera Laut UAE yang dibina oleh Syarikat Shing Yang Group of Company berpengkalan di Sarawak pada tahun 2012 dan 2020.



2- Dua buah kapal peronda Stealth Kelas Eagle Stealth Mk ll untuk Tentera Laut Nigeria buatan Syarikat Northern Shipyard Sdn Bhd dan KN Aluminium & Engineering Sdn Bhd yang  berpengkalan di Pulau Langkawi pada tahun 2024.



3- Empat buah bot Fast Attack Craft ( FAC) Manta Mk II untuk Tentera Laut Nigeria buatan Syarikat Northern Shipyard Sdn Bhd yang berpengkalan di Pulau Langkawi, Kedah pada  tahun 2021.



Sumber: Malaysia Civilization


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.