Catfish Effect : Strategi Laba
Kenapa kerajaan China beriya sangat nak Tesla buka kilang kat sana
sampai sanggup bagi tanah free dengan macam-macam offer menarik? Diorang
sebenarnya nak bagi syarikat kereta tempatan rasa terancam supaya tak malas dan
terus improve teknologi masing-masing.
China memang plan benda ni sebab sanggup langgar pantang larang sendiri dengan bagi Tesla pegang 100% hak milik kilang. Biasanya syarikat luar wajib kongsi pegangan dengan partner tempatan, tapi Tesla dapat layanan istimewa sebab China terdesak nak pancing “jerung besar” ni masuk.
Taktik ni sama macam teori Catfish Effect bila ikan keli sengaja dilepaskan
dalam tangki ikan sardin supaya sardin tu tak duduk diam. Bila ada pemangsa
besar, ikan kecil automatik akan berenang lebih laju demi survive.
Masa Tesla Shanghai mula beroperasi dan jual kereta elektrik macam jual kacang
putih, market kereta China terus huru-hara. Jenama tempatan takde pilihan
selain kerja keras upgrade teknologi dan kilang masing-masing kalau tak nak
lingkup.
Syarikat kereta China mula tiru teknik pembuatan moden yang Tesla bawa,
terutamanya gigacasting body dan sistem bateri baru. Ini jadi turning point
penting sebab sebelum ni mereka tak nampak keperluan buat benda canggih macam
tu untuk pasaran tempatan.
Paling menarik, Tesla secara tak sengaja upgrade standard kilang supplier spare
part kat sana. Supplier tempatan terpaksa ikut piawaian kualiti tinggi kalau
nak dapat kontrak dengan Tesla.
Bila supplier dah pandai buat barang power untuk Tesla, mereka boleh jual
komponen sama pada syarikat kereta tempatan lain. Secara automatik, syarikat
macam BYD dapat akses kepada komponen canggih tanpa perlu import jauh-jauh.
Kesannya, kualiti kereta buatan China naik mendadak sebab guna komponen yang
sama taraf dengan Tesla. Kos penghasilan pun jadi murah sebab rantaian bekalan
dah wujud dalam negara.
Sekarang kita boleh nampak banyak kereta elektrik China yang power dan murah
mula masuk pasaran dunia. Semuanya berpunca daripada langkah berani kerajaan
China bawa masuk pesaing paling kuat untuk ajar syarikat tempatan cara buat
kerja betul.
Tesla mungkin rasa mereka bijak dapat masuk pasaran China, tapi sebenarnya
China yang untung besar dalam game jangka panjang ni. Ikan keli tu dah train
semua sardin jadi jerung yang kini sedia nak makan balik ikan keli tu bila-bila
masa.
Sumber: Zam Auto Accessories

Komen