Godmother of AI
D
ia Datang ke Amerika Dengan RM300 & Tak Fasih Bahasa Inggeris… Tapi Hari Ini, Seluruh Dunia Panggil Dia “Godmother of AI.” Kalau anda pernah guna ChatGPT, Gemini, atau Claude — anda sebenarnya guna hasil kerja wanita ini. Namanya Dr. Fei-Fei Li. Dilahirkan di China. Berhijrah ke U.S. masa umur 16 tahun — tanpa duit, tanpa kenalan, dan dengan bahasa Inggeris yang tunggang-terbalik. Tapi dia ada satu benda yang ramai tak ada: tekad nak ubah dunia.Fast-forward bertahun kemudian:
- Beliau kini Profesor di Stanford University.
- Bekas Chief Scientist of AI di Google Cloud.
- Pengasas Stanford Human-Centered AI Institute.
Namun kisah sebenar kejayaannya bermula dengan satu projek yang bunyinya terlalu gila untuk zamannya —ImageNet. Sebuah pangkalan data dengan berjuta-juta gambar untuk mengajar komputer “melihat.”
Waktu itu ramai gelak. Tapi Fei-Fei teruskan juga. Kerana dia tahu satu hari nanti, mesin akan belajar memahami dunia seperti manusia. Dan dia betul.
Kerana hasil kerja ImageNet inilah yang membuka jalan untuk deep learning, asas kepada ChatGPT, Claude, Gemini dan semua teknologi AI yang kita guna hari ini.
Namun, kejayaan dia bukan sekadar teknologi. Dia juga pejuang kemanusiaan dalam AI. Dia lantang bersuara tentang etika, empati, dan tanggungjawab. Dia percaya AI mesti dibina untuk manusia, bukan menggantikan manusia.
Hari ini, Dr. Fei-Fei Li bukan sekadar saintis. Dia mentor kepada ribuan wanita dalam bidang teknologi, penasihat dasar AI, dan simbol bahawa kecerdasan sebenar bukan pada mesin… tapi pada hati yang tidak pernah berputus asa.
Dari seorang pelajar imigran yang terpaksa mencuci pakaian di kedai dobi kecil, kepada wanita yang menjadikan mesin mampu “melihat.” Kalau bukan kerana dia, AI yang anda guna hari ini mungkin belum wujud.
Kisah ini bukan sekadar tentang AI. Ia tentang keberanian seorang wanita yang menolak sempadan mustahil.
Sumber: Kelas Multimedia

Komen