Header Ads

Doa Mustajab

 Pada zaman Nabi Muhammad ï·º, seorang lelaki buta datang meminta agar Baginda mendoakannya supaya kembali melihat.

Nabi bersabda, “Jika engkau bersabar, aku boleh tangguhkan; dan jika engkau mahu, aku boleh doakan.”


Lelaki itu menjawab, “Kalau begitu doakan saya agar sembuh.”

Nabi memerintahkannya berwudhu dengan sempurna, kemudian solat dua rakaat dan membaca doa tawassul yang diajarkan Baginda. Setelah melaksanakan amalan itu, lelaki tersebut pun sembuh dan kembali melihat.


Pada zaman Khalifah Uthman bin Affan RA, seorang lelaki mengalami kesukaran untuk menghadap beliau bagi menyampaikan hajatnya.


Dia mengadu kepada Uthman bin Hunaif, yang kemudian mengajarkannya amalan yang pernah dia lihat sendiri diajarkan Rasulullah ï·º kepada lelaki buta dahulu, iaitu berwudhu dengan sempurna, solat dua rakaat, kemudian berdoa melalui tawassul.


Setelah melaksanakannya, lelaki itu kembali ke pintu Khalifah Uthman RA dan segera dipanggil masuk oleh para pengawal. Hajatnya dipenuhi serta-merta.


Ketika keluar, dia bertemu semula dengan Uthman bin Hunaif dan berkata, “Khalifah awalnya tidak mempedulikanku sampai engkau datang memberitahunya perihalku.”


Ia menjawab, “Demi Allah, aku tidak melaporkan urusanmu kepadanya, hanya saja aku pernah menyaksikan Rasulullah ï·º didatangi seorang buta yang mengeluhkan kebutaannya,” lalu ia menceritakan semula kisah lelaki buta tersebut.


Menurut riwayat Ibnu Abid Dunya, doa tawassul yang mustajab berbunyi:


اللّٰÙ‡ُ، اللّٰÙ‡ُ، رَبِّÙŠْ Ù„َا Ø£ُØ´ْرِÙƒُ بِÙ‡ِ Ø£َØ­َدًا. اَللّٰÙ‡ُÙ…َّ Ø¥ِÙ†ِّÙŠْ Ø£َتَÙˆَجَّÙ‡ُ Ø¥ِÙ„َÙŠْÙƒَ بِÙ†َبِÙŠِّÙƒَ، Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ Ù†َبِÙŠِّ الرَّØ­ْÙ…َØ©ِ، ÙŠَا Ù…ُØ­َÙ…َّدُ Ø¥ِÙ†ِّÙŠْ Ø£َتَÙˆَجَّÙ‡ُ بِÙƒَ Ø¥ِÙ„َÙ‰ٰ رَبِّÙƒَ ÙˆَرَبِّÙŠ Ø£َÙ†ْ ÙŠَرْØ­َÙ…َÙ†ِÙŠْ Ù…ِÙ…َّا بِـي، رَØ­ْÙ…َØ©ً تُغْÙ†ِينِÙŠْ بِÙ‡َا عَÙ†ْ رَØ­ْÙ…َØ©ِ Ù…َÙ†ْ سِÙˆَاهُ


“Allah, Allah, Tuhanku, aku tidak menyekutukan-Nya dengan sesiapa pun. Ya Allah, aku bertawajjuh kepada-Mu dengan Nabi-Mu, Muhammad, Nabi rahmat. Wahai Muhammad, sesungguhnya aku bertawassul denganmu kepada Tuhanmu dan Tuhanku agar Dia merahmatiku daripada apa yang menimpaku, dengan suatu rahmat yang membuatku tidak lagi berhajat kepada rahmat selain-Nya.”


Sumber: Zaki Sapuan Al-Hafiz


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.