Header Ads

Apa itu SMOKE SCREEN STORY?

 Korang tau kenapa smlm aku menulis pasal isu Company JV luar negara tu? Sebab aku dah muak dengan smoke screen story.
 
Apa maksud smoke screen story? Maksudnya, kita nak dengar cerita best je. Cerita yang tak best kita letak tepi.
 
Benda yang tak best ni memang pahit untuk kita telan. Tapi kadang² kita kena "tampar" muka kita ni sekali sekala supaya kita bangkit semula!
 

Aku sempat jengah² komen nurtizen nurtizen kat posting aku semalam. Ada yg senada, ada juga yang tidak. Aku ok sahaja. Itu lah adatnya. Agree to disagree. 
 
Ada jugak yang lagi teruk, bawak naratif kata aku ni balaci politik kepartian, balaci kepada kewilayahan. 
 
Maaf cakap lah, aku tak berminat nak cerita pasal politik kat sini. Aku hanya bercerita "as it is" pengalaman yang aku lalui. Kepada yg "koyak" silakan "koyak". Sebab itu hakikat. Tujuan aku hanya satu! Kita nak bagi kesedaran dan cuba improve keadaan sedia ada. 
 
Next. Ada yg kata, time projek tengah bina memang kita akan bagi orang luar. Tapi time operasi, semuanya akan operate oleh orang kita. 
 
Hellloooo bang! Ni lah yang aku kata smoke screen tadi. Kita nak org dengar benda best je. 
 
Tau tak time construction tu lah learning curve paling tinggi nak train dan bina competency orang kita?
 
Sebab apa time construction learning curve tinggi?
 
Sebab, sebelum kau nak construct kau kena design dulu. Time design ni, kau perlukan macam-macam displin ilmu yang involve. Electrical, mechanical, civil, structure, chemical, finance, account, law and bla².
 
Dah siap design, kau nak beli barang pulak. Time ni kau kena ada expert untuk evaluate proposal, tgk timeline and bla². 
 
Sambil nak beli barang, kau dah kena construct dah dekat site berdasarkan design yang dah diluluskan. Time ni kau perlukan ramai skill worker such as helper, welder, carpenter, site supervisor, wireman, inspector and bla².
 
Bila dah beli barang, kau kena test pulak kat kilang sebelum deliver. Kau kena ada inspector, Engineer and bla².
 
Bila barang dah confirm ok, kau suruh supplier start deliver. Time ni kau perlukan org logistic and bla².
 
Bila dah deliver, kau kena install pulak. Bila dah install, kau kena tauliahkan a.k.a comissioning pulak. Bila dah comissioning, kau kena prepare as built pulak. 
 
Dah siap as built, kena prepare final documentation pulak.  Dah siap final doc, kena handover ke operation pulak.
 
Nampak tak betapa complexnya masa construction ni? Tu pasal lah ada 1 project mega aku pernah involved dulu, total manpower masa construction tu lebih 20ribu org!
 
Sebab apa 20ribu orang? 
 
Sebab banyak benda kena buat. Bila banyak benda kau kena buat, banyak bendalah yang kau boleh belajar!
 
Tapi bila dah siap, yang operate plant hanya 3 ribu je maximum.
 
Sebab apa 3 ribu je? Sebab kau dah start buat operasi rutin. Benda rutin ni berulang². Bila benda yg berulang² ni, tak perlu ramai². Sebab bila kau buat 1 benda tu berulang². Confirm lama² kau pun akan expert.
 
Jadinya, sampai bila kita nak kena "game" dengan orang luar ni? 
Patutnya time construction, kita boleh bagi peluang pekerjaan tinggi dan learning opportunity pada rakyat kita, tapi acap kali jawapannya tidak! 
 
Bila time construction je, orang luar penuh. Lagi² kalau pemain utama project geng² tanah besar. Memang dorang tak bagi chance punya wei. Seboleh²nya dia bagi kat orang dia.
 
Tu baru cerita time construction. Belum kira lagi fasa after project. Technology² provider dari luar ni akan main "fear game" dalam contract.
 
Apa maksud "fear game"? Antara yang dinyatakan dlm contract: Only certified service personnel can troubleshoot our malfunction equipment or technology. If the troubleshooting done by non-certified personnel, whole equipment WARRANTY WILL VOID.
 
And siapa certified service personnel yang dimaksudkan tu? Jawapannya pekerja dari geng² negara luar ygan provide technology ni lah..Sometimes also known as "expert".
 
So, bila equipment malfunction je. Kau kena panggil "expert" ni.
 
Padahal, kau sebagai Maintenance Engineer tau dah macam mana nak solve problem tu. Kadang² kena tukar spare part yang dah ada dalam store je.
 
Tapi Boss kau kata: Are you sure?? You are not expert. Better do not touch anything! Nanti WARRANTY VOID. Please call the "expert" come down to our plant to move forward.
 
(Fear game triggered😂)
 
Jeng..jeng..jeng..bila dah dapat arahan macam ni..Bersedialah nak kena sembelih!
 
Kenapa aku ckp kena sembelih? Kau tau berapa rate panggil so call "expert" ni? Boleh cecah USD3k sehari tau!
 
Lepas tu kalau panggil dorang ni, bukan setakat bayar daily rate je. Tapi logistic and accomodation kena bayarkan jugak. Flight paling kurang business class.
 
Sampai airport paling kurang premium taxi such as Belfire, Lepat or kereta bintang tiga yg datang jemput. Tak main kereta myvi bro!
 
Tido kat hotel 5 bintang siap ada servis spa. Hotel OYO, tak nak.
 
Paling bengang. Hari pertama landed tak leh kerja lagi. Alasan? "Oh sorry, I'm jet lag. We will have meeting tomorrow". Tapi daily rate USD3K dah kena charged.
 
Besok meeting, baru nak tengok maintenance record je. Kena lagi charge USD3K. Next day, site visit je. Kena lagi USD3K.
 
Lepas dah site visit. Baru start troubleshoot. Makan gak lah sehari dua. Kena lagi charged USD3K sehari.
 
Then, tiba lah conclusion report. And paling menyirap darah bila mana conclusion dia: Kena tukar seketul spare part sama dengan apa yg kau cadangkan kat Boss kau. Hahahha😂.
Masa tukar spare part."Expert" ni jadi mando je. Arah² mcm mana nak pasang kat orang local.
 
Dah siap pasang. Dia yg configure, sebab ini technology ana yang punya. Organ kita kena dok jauh². Sikit habuk pun "expert" ni tak nak ajar kita.
 
Dah siap pasang. Dok pulak lagi 3 hari untuk monitor kot² ada problem lagi. Bila dah tak ada problem, baru lah "expert" ni balik ke negara asal.
 
Bila invoice service sampai kat finance. Total charge boleh beli mercs sebijik cash, and bayar gaji Senior Engineer 10 orang selama setahun.
 
Terus tepuk dahi semua local team. Kena game lagi kita ni!!!🤦.
So, again. Sampai bila kita nak kena game ni? Apa kurangnya kita?
 
Kita pun ada talent yg hebat juga.
 
Berapa banyak projek mega yg kita pernah ada?
 
Projek jambatan Pulau Pinang-JV dgn Korea
KLCC -JV Korea dan Jepun
Kereta Nasional Proton - JV dgn Jepun
Empangan Bakun, SOGP, MLNG, Pan Borneo, LRT, MRT, Smart Tunnel KL, Signature Tower TRX, RAPID Pengerang, Menara 118 and bla². Project lain? Korang sambung lah sendiri. Hahaha
 
Banyak kan? Memang banyak. Patutnya banyak dah kita belajar. Kalau ikutkan, kita sekarang ni dah ada berpuluh Malaysian brand selain Petronas yg boleh jadi consultant and technology provider ke luar negara.
 
Tapi tak tercapai² hasrat tu sampai hari ni. Sebab apa tak tercapai?
 
Bila kita ada Engineer cerdik pandai. Tak diberi peluang. Engineer kulit putih, mata biru jugak yg terpaling dipercayai.
 
Bila Engineer kita cakap, tak percaya. Tapi bila Engineer mata biru cakap. Walaupun dengar macam..."errr..mcm sama je apa aku cakap tadi?". Kemain diangkat² lagi geng mata biru ni.
 
Bila Engineer kita mintak naik gaji sikit. Macam² alasan diberi. Tapi bila Engineer dari luar mintak gaji puluh ribu USD, malah aku pernah tengok ratus ribu sebulan dengan scope yg sama. Macam kena pukau decision maker ni! Accept aje. Tanpa banyak soal. Yg sedihnya, decision maker ni orang kita. Rakyat Malaysia!
 
Tu part percaya,t ak percaya.
 
Bila cerita pasal Engineer kita nak buat technology sendiri pulak. Ada lah yg bunyi²..
"Ni org dah buat"
"Tak scalable"
"Tak novel"
(Note: Tak novel = tak tulen)
 
Tak novel ek...Eh, kau lupa ke China pernah keluar phone jenama Sumsang, Baju Abidas. Selipar Riibook?
 
Dorang pun start dgn ciplak² sikit. Reverse Engineering. Tapi lepas tu dorang improve quality, improve technology. Last² terbitlah technology novelty tadi..
 
Tu part nak buat technology sendiri. Part mohon dana R&D pulak?
 
Bila kita present idea nak dapat dana..si panel penilai kata:
 
"Kamu belum buat untung lagi, risiko sangat tinggi kalau kami nak bagi dana. takut you tak boleh bayar balik nanti"
 
Berkata lah Engineer ni dalam hati:
"Kalau aku dah untung, baik aku tak payah mintak dana ngok!"
 
Last², Engineer cerdik pandai ni makan hati. Tak ada ruang nak groom dlm negara sendiri. Idea dia dipandang sepi. Dana nak develop idea tinggal dalam mimpi.
 
So, good bye Malaysia. I'm going to migrate.
 
Sekarang siapa yang rugi? Fikir²kan lah!
 
Sumber: Ir Abdul Rahman Bahasa
 
 
 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.