Header Ads

Tahu tak maksud 'MALURI"?

Aku baru betul-betul tahu rupanya Maluri itu datang daripada singkatan “Makanan Luar Negeri (Ma-Lu-Ri)”.

Dulu masa belajar di KL, hari-hari naik LRT. Setiap kali suara dalam tren berbunyi, “Stesen berikutnya… Maluri,” aku dengar je, langsung tak terfikir apa benda Maluri tu, apa ceritanya, siapa di sebaliknya.

Tapi semuanya berubah bila aku dengar kisah yang diceritakan oleh isteri almarhum Tun Daim sendiri.

Baru aku faham bahawa Maluri bukan hanya satu nama stesen, ia sebahagian daripada jejak seorang ‘budak introvert’ bernama Tun Daim.

Toh Puan Naimah menceritakan bahawa Tun Daim ni jenis yang senyap, suka baca, suka mengkaji, suka explore benda baru walaupun berisiko.

Baliau nampak peluang dalam perkara yang orang lain tak pandang. Walaupun memiliki kepakaran dan tauliah undang-undang dan pernah bekerja di firma ternama, beliau memilih untuk keluar daripada bidang itu.

Katanya, bidang undang-undang masa itu dimonopoli oleh mat saleh dan beliau rasa payah nak berkembang.

Jadi beliau masuk ke dunia bisnes.

Bisnes pertamanya? Garam.

Katanya, buat garam ni mudah kau ada tanah, tunggu air laut naik, biar ia mengkristal, kemudian kau kutip dan jual.

Tapi Tun Daim bukan jenis terjun tanpa ilmu. Sebelum buat, beliau pergi sampai ke Jepun dan beberapa negara lain belajar cara pemprosesan garam.

Tapi bila mula, banjir melanda. Projek gagal.

Toh Puan kata, keluarga dan pelabur kecewa, dan beliau sendiri malu. Tapi menariknya, Tun Daim bersyukur.

Katanya, kalau masa itu beliau terus berjaya, mungkin beliau akan jadi sombong. Kegagalan itu guru terbaik kata beliau.

Lepas itu beliau cuba pula bisnes plastik. Kemudian ada lagi bisnes makanan berkait makanan, dan orang-orang masa tu panggil Makanan Luar Negeri (Ma-Lu-Ri).

Tercetuslah MaLuRi, dinama secara rasmi untuk tempat dan syarikat.

Kemudian tiba rezeki lain beliau, beliau mendapat (beli) tanah lombong.

Di sinilah bezanya Tun Daim dengan ramai Melayu lain pada masa itu, orang lain dapat tanah, mereka jual cepat. Tapi Tun Daim berfikir jauh. Tanah itu dia bangunkan. Dia buat rumah, buat kuarters, bina kawasan.

Dan dari situlah berkembangnya sebuah kawasan yang hari ini kita kenal sebagai, Maluri.

Fuh.

Aku dengar cerita ni pun rasa macam menonton perjalanan hidup seorang tokoh besar. Cerita yang penuh jatuh bangun, penuh keberanian, penuh pelajaran.

Panjang lagi kisahnya. Nanti sambung.

Sumber: Muhammad Husaif Mamat

 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.