Header Ads

Jangka hayat penting!


Sejak 'kontroversi' pembekal makanan begini, saya tak beli bebola dan kek ikan. Sampai jenama ni masuk di Rizqin Mart. Jauh datang ni, dari terengganu.

Ada kek ikan, bebola ikan, mee, koeyteow dan laksa basah. Suka jenama ni sebab pembungkusannya jelas semua maklumat. Ada tarikh 'baik sebelum' untuk rujukan.

Sebahagian mee orang kita, tiada maklumat hayat produk. Kita yang beli kena cipta naratif sendiri berapa hari ia sudah berada di kedai untuk anggarkan tempoh hayat produk.

Sekali masa nak masak, dah berbau. Hilang kepercayaan kepada jenama. Benda nampak kecil, tapi besar kesan jangka panjang.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.